MUALAF TERUS KOMITED MENDALAMI ILMU ASAS FARDU AIN MELALUI KIFA SIRI-7

KIFA Siri 7/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 23 Julai 2022 bersamaan 23 Zulhijjah 1443 Hijri.

Kehadiran seramai 23 peserta mualaf berjaya menarik minat dan respon yang positif dan komitmen yang ditunjukkan begitu hebat. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah di sebelah pagi melalui Ustazah Nur Ain Sumaiyah dari Hidayah Centre Foundation dan Al Fadhil Ustaz Mohd Ariff bin Othman Kalam, Penolong Pendaftar UTM KL sebelah pagi amat baik dan sesi komunikasi 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan serta pengajian mualaf amat berguna kepada para peserta.

Sesi amali dan praktikal KIFA diteruskan pada sebelah petang dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH dan Bahagian Agama PDRM kepada peserta mualaf. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk memahami aspek ibadah yang asas berkaitan wuduk dan solat.

Majlis penutupan ringkas diadakan dengan peAnyampaian sijil penyertaan kursus dan sesi bergambar bersama Urusetia, Fasilitator dan juga para peserta.

 

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …