MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BUDI BAHASA BUDAYA KITA

KUALA LUMPUR, Terima kasih kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri , YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P., dan barisan pengurusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia kerana mengunjungi reruai Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) sempena Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang diadakan pada pagi ini, 21 Julai 2022 di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

PNM telah mengadakan pameran yang mengetengahkan pantun-pantun klasik yang dikarang oleh orang-orang lama dahulu untuk mendidik masyarakat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Pantun-pantun ini walaupun ada di antaranya telah berusia lebih daripada 50 tahun, tetapi masih relevan untuk dijadikan panduan kepada masyarakat dalam kehidupan harian. Penyampaian pantun disusun dengan bahasa yang indah dan puitis serta jelas maksudnya.

Selain itu, empat (4) koleksi khas buku berkaitan adab dan nilai-nilai murni yang dipamerkan turut boleh dijadikan panduan dalam membina adab dan santun masyarakat.

Sumber : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut