??????????? ??????? ???????? ????? ???? (?????) ??????? ???????? ?????? ??????? ?????????? (????? ?? ????)

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) melalui aktiviti sampah menjana pendapatan (TRASH TO CASH) telah dilaksanakan di Pangsapuri Indah Mas, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 23 Julai 2022.

Program KOSIS ini merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan semula aktiviti kitar semula dalam kalangan masyarakat disamping menyelamatkan sisa yang boleh dikitar semula ini daripada terus dibuang ke tapak pelupusan malah dapat memberi pulangan atau pendapatan sampingan kepada individu yang melaksanakannya dalam kalangan komuniti. Aktiviti Trash to Cash diturut serta oleh penduduk Pangsapuri Indah Mas, Bandar Tun Razak, KL. Barangan kitar semula yang berjaya dikumpul adalah seberat 512kg dengan nilai RM579.00.

SWCorp Wilayah Persekutuan menyeru semua masyarakat agar sentiasa bersama menjaga kebersihan di Kuala Lumpur untuk kekal bersih, indah dan harmoni.

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUANΒ 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …