JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

 

KOTA BHARU, 22-24 Julai 2022 : Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia telah berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV bermula 22 hingga 24 Julai 2022. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan dengan penyertaan pelbagai pihak, jabatan dan agensi kerajaan.
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan juga tidak ketinggalan turut serta dalam menjayakan program tersebut dengan menyediakan kaunter bergerak yang menawarkan perkhidmatan seperti berikut:-
i)Pembaharuan lesen memandu GDL/PSV
ii)Pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM@Road tax)
iii)Pembayaran Saman
iv)Semakan maklumat senarai hitam
v)Pemeriksaan motosikal bagi LKM/Road tax tamat tempoh melebihi 3 tahun
vi) Pendaftaran ID My sikap orang awam
Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat juga turut mengadakan taklimat keselamatan jalan raya kepada para pengunjung dengan berkongsi pelbagai tip keselamatan jalan raya dan aktiviti mewarna kepada kanak-kanak.
Terus ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Kelantan untuk mengikuti informasi terkini.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut