TINDAKAN KES DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 DALAM OPERASI MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

TUMPAT 24 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama KPDNHEP Putrajaya, Pasukan Gerakan Am Batalion 7 dan PDRM IPD Tumpat, Kelantan semalam.
Bertindak atas maklumat dari risikan KPDNHEP Kelantan, pasukan operasi telah mengekori sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia dalam keadaan mencurigakan dikesan sedang dan telah mengisi minyak petrol untuk diseleweng.
Serbuan dilakukan di hadapan sebuah stesen minyak di lokasi Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan keatas saspek yang membawa muatan tong jerikin bersama dua lelaki didalam kereta jenis Proton Wira.
Seterusnya pasukan telah membuat pemeriksaan pada kenderaan tersebut menemui 30 tong jeriken anggaran 900 liter disyaki minyak petrol bersama dua lelaki warga tempatan ditahan.
Nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 1845.00 dan nilai rampasan kenderaan dianggarkan RM 5000.00
Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDNHEP memberikan amaran keras kepada mana-mana peniaga atau individu yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas serta pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …