PROGRAM RAKAN MUDA EXXO CAMP PERINGKAT ZON TENGAH 2022

KUALA LUMPUR, Bukit Kiara, 24 Julai 2022 – Hari ini telah berakhir Program Rakan Muda Exxo Camp Peringkat Zon Tengah 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Program yang melibatkan penyertaan seramai 40 orang terdiri daripada peserta Kuala Lumpur, Selangor dan Perak telah berjaya dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti Pembangunan Kendiri, Pengurusan Sosial, Orienteering, Kembara Hutan, Kesukarelawan dan sesi bersama agensi kerajaan telah memberi banyak manfaat yang berguna kepada para peserta dalam melahirkan golongan belia berkaliber untuk negara pada masa hadapan. Program ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Pendidikan Negeri WPKL, Selangor & Perak. Turut sama menjayakan program ini adalah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor dan Perak serta penglibatan secara langsung daripada Majlis Belia Kawasan (MBK) Titiwangsa dalam membantu mencapai objektif pelaksanaan program tersebut.

Majlis Penutupan Rasmi Program Rakan Muda Exxo Camp Peringkat Zon Tengah 2022 ini disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura Hj Sarbin, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Encik Asmori Haji Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur.

#rakanmudaKL

#JBSWPKL

#KBSMalaysia

Sumber : BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA JBSKL

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut