BERHATI-HATI APABILA BERKONGSI GAMBAR DI MEDIA SOSIAL: GAMBAR ANDA MUNGKIN DI EKSPLOITASI!

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

Ibu bapa dan pengguna media sosial perlu meletakkan kesedaran keselamatan yang tinggi apabila berkongsi maklumat terutama gambar-gambar di media sosial. Dengan era dunia tanpa sempadan, segala perkongsian ibu bapa dan pengguna media sosial boleh disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terdapat laporan menunjukkan bahawa peratusan salah laku seksual telah meningkat sebanyak 42% dari tahun 2020 hingga tahun 2022 hanya dengan perkongsian gambar di media sosial.

Disamping kegembiraan ibu bapa untuk berkongsi detik-detik manis anak mereka, para ibu bapa seharusnya menanamkan minda keselamatan terutama terhadap kanak-kanak apabila gambar-gambar yang dikongsi yang mendedahkan perkara-perkara sensitif seharusnya ditapis ataupun dielakkan untuk dikongsi di media sosial bagi menghindari daripada disalahgunakan oleh individu yang mempunyai niat jahat dan motif yang tidak baik.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut