PENDIDIKAN ANAK ASAHAN DIPERKASA

ASAHAN – Program tuisyen percuma untuk persediaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetap diteruskan bagi memastikan pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, tahun ini ia membabitkan sekolah dengan menggunakan kepakaran tenaga pengajar dari sekolah yang sama.

Jelasnya, penganjuran sebelum ini diadakan di balai raya dan Pusat Khidmat Masyarakat sekitar DUN Asahan namun diubah ke sekolah agar penglibatan pelajar mampu ditingkatkan.

Sebanyak lima buah sekolah dipilih untuk menerima peruntukan bagi mengadakan tuisyen buat calon SPM antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selandar, SMK Nyalas, Sekolah Menengah Agama (SMA) As – Syakirin dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar. Turut terbabit adalah SMK Simpang Bekoh biarpun ia berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) RIM namun ramai dalam kalangan pelajar berasal dari Asahan.

Bagi memperkasa kecemerlangan pelajar, pihaknya turut mengadakan beberapa inisiatif lain termasuk teknik menjawab soalan dan program motivasi.

Japerun Asahan akan bekerjasama dengan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi menganjurkan program motivasi untuk membantu calon membuat persiapan menduduki SPM.

#DKNmy #MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut