KESEJAHTERAAN MASYARAKAT ORANG ASLI TERUS DIPERTINGKAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA – TERAS 6: KEADILAN SOSIAL

MACHAP JAYA – Masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Besar kini boleh menjalankan urusan harian mereka dengan lebih mudah dan selamat selepas laluan utama ke penempatan itu diturap. Perkembangan terkini itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sam menerusi laman Facebook rasminya.

Malah, beliau sendiri turun padang bagi meninjau kerja-kerja menaik taraf kemudahan itu sambil bertanya khabar kepada para penduduk.

“Ternyata mereka amat gembira dengan kerja naik taraf ini, semasa turun padang saya ambil kesempatan menyantuni mereka dan bertanya mengenai permasalahan lain,” katanya.

Selain itu, beliau juga turun padang bagi meninjau kerja menaik taraf sistem perparitan dan pembentungan di Kampung Ayer Pasir. Jambatan di kawasan juga perlu dibaiki akibat mendapan tanah bagi menjamin keselamatan pengguna.

Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi pelaksana iaitu JKR (Jabatan Kerja Raya) Alor Gajah.

SUMBER FACEBOOK: NGWE HEE SAM

#DKNmy #MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …