DKN 2021-2025: DASAR PAYUNG KESELAMATAN NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Faktor keselamatan merupakan salah satu tonggak penting yang menjadi asas kepada kejayaan kita mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan negara. Sehubungan itu, Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 ini adalah suatu dokumen yang amat penting kepada kita semua. Ia mengandungi pernyataan-pernyataan yang ciri sifatnya adalah untuk kita melihat pengurusan keselamatan negara dalam kontek yang lebih meluas, strategik dan menyeluruh. Ciri sifat pengurusan keselamatan masa hadapan amat bergantung kepada keupayaan ketahanan rakyat, semangat cintakan negara, kesediaan bekorban demi tanah air, penguasaan ilmu dan teknologi serta integrasi pelbagai aspek kehidupan dan hirarki pentadbiran.

Dasar Keselamatan Negara atau DKN diperkenalkan sebagai dokumen utama dalam menghadapi pelbagai ancaman keselamatan yang semakin dinamik dan kompleks. Melalui DKN ini, pelaksanaan Strategi-Strategi Utama akan dapat memastikan Nilai-Nilai Teras Keselamatan Negara (National Security Core Values) dipertahankan seterusnya menjadikan Malaysia bebas dari segala bentuk ancaman, bukan sahaja yang bersifat fizikal, malah juga ancaman bukan fizikal yang mempengaruhi dan merosakkan pemikiran rakyat.

Baca lanjut mengenai DKN 2021-2025 di pautan berikut:

https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/DASAR-KESELAMATAN-NEGARA-2021-2025.pdf

Sesungguhnya, faktor keselamatan merupakan salah satu tonggak yang penting dan menjadi asas kepada kejayaan kita dalam mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan negara.

“Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut