PULAU PINANG TUBUH PANEL KENAL PASTI GANGGUAN BEKALAN AIR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan)

Bagi mengenal pasti faktor gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, satu panel penyemak bebas yang terdiri daripada pakar dalam bidang kejuruteraan air dan pengurusan lembangan tadahan air akan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata, panel itu juga akan membincangkan, meneliti dan mengkaji semua maklumat yang terkandung dalam laporan ‘post-mortem’ yang disediakan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). Barisan panel itu juga akan mencadangkan langkah jangka pendek, sederhana pendek dan jangka panjang bagi penyelesaian krisis air yang berlaku, langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah krisis air daripada berulang pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, keahlian panel penyemak bebas akan dimuktamadkan dan diumumkan dalam masa terdekat serta akan diberi masa dua hingga tiga bulan untuk memuktamadkan dapatan mereka.

Sumber Rujukan : Utusan Malaysia dan Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …