PROGRAM ZIARAH RAMAH JAWI DI HOSPITAL TUNKU AZIZAH (HTA)

KUALA LUMPUR, 20 JULAI 2022  – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH ke Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur. Tujuan utama pelaksanaan ziarah adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di HTA.

Serahan barangan berbentuk keperluan wad hospital disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, BPD JAWI manakala sumbangan tunai disempurnakan oleh YBrs. Encik Wan Mohamad Amzar Fitri bin Wan Mohd Azlan, Naqib Masjid Bukit Aman Zon 3 mewakili BPM JAWI diiringi oleh YBrs. Puan Siti Maishara binti Bedrul Hisam, Penyelia Pegawai Khidmat Pelanggan HTA. Sumbangan barangan dan wang tunai tersebut telah diserahkan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad Dialisis HTA.

Semoga dengan penganjuran program dan sumbangan yang disampaikan dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit di samping mengeratkan hubungan kolaborasi strategik antara JAWI dan HTA di masa hadapan.

 

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI

Artikel/Berita Terkini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM76.29 JUTA MANFAATKAN 508,631 MURID DI SABAH TAHUN INI

BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini. KOTA KINABALU: …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …

KERJASAMA, KESEPAKATAN ASAS KEHARMONIAN SABAH

RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu. TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan …