MENINGKATKAN PENGUATKUASAAN MELALUI KOLABORASI BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN

 

RANTAU PANJANG 20 Julai : YBrs.Tuan Shamsul Nizam bin Khalil, Timbalan Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP telah hadir bersama dalam Mesyuarat Penyelarasan Op Bersepadu Khas Siri 1 bagi Tahun 2022 berlangsung di Bilik Mesyuarat Martak Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan disini hari ini.
Objektif pelaksanaan bagi meningkatkan penguatkuasaan melalui kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDH DCP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah JKDNKA, Pasukan Gerakan Am.
Telah diadakan Taklimat oleh YDH Komander Briged Tenggara, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Penguat Kuasa serta perbincangan hala tuju dan juga permasalahan pengoperasian di sempadan.
Turut hadir bersama YDH SAC Dato’ Hasan Basri bin Ahmad Safar, Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, YBrs.Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan, YDH Pegawai Pemerintah Batalion 7, 8, 9, Pasukan Gerakan Am, Pegawai-Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguat Kuasa.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …