PROGRAM KESELAMATAN SIBER BERSAMA BELIA FELDA AYER HITAM, KLUANG, JOHOR

KLUANG, 16 Julai 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama kepimpinan Felda Ayer Hitam, Kluang telah menganjurkan Program Keselamatan Siber Bersama Belia Felda di Dewan Orang Ramai, Felda Ayer Hitam, Kluang, Johor.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Norliyati Md Nor, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang. Program kolaborasi ini diadakan bertujuan bagi perkongsian pengalaman dan kepakaran sekaligus memberikan pendedahan kepada kumpulan sasar berkaitan isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan perihal dunia teknologi siber dan media baharu.

Dua orang penceramah telah dijemput khas bagi menyampaikan taklimat iaitu penceramah daripada Agensi dan Bahagian dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) Putrajaya bagi berkongsi ilmu dan kepakaran mereka. Turut hadir dalam program tersebut adalah YBrs. Puan Nur Hafifah Binti Dato’ Mohd Halim, Penolong Pengarah, MKN Johor selaku wakil rasmi Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Johor dan YBrs. Tuan Hazwan bin Harun, Pengurus Rancangan FELDA Ayer Hitam, Kluang.

MKNJ berharap penganjuran program ini dapat membentuk para pelajar yang berkepimpinan dan memiliki jiwa patriotisme dan mempunyai semangat cintakan negara selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan semoga program seumpama ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

Sumber gambar: Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor

                            

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …