IKATAN PERSAHABATAN JOHOR-SINGAPURA TERUS MENGUKUHKAN KEPENTINGAN RAKYAT

SINGAPURA, 20 Julai 2022 – DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengadakan satu lawatan rasmi ke Singapura. Lawatan rasmi tersebut bukan sahaja bagi mengukuhkan hubungan Johor dan republik berkenaan, malah membawa manfaat melalui kerjasama ekonomi demi kepentingan rakyat.

Dalam lawatan tersebut, selain menzahirkan rasa terima kasih di atas jemputan rasmi daripada Perdana Menteri Singapura itu, Baginda turut menyampaikan penghargaan di atas kepemimpinan, visi serta aspirasi beliau dalam memajukan dan memakmurkan negara itu.

Berangkat sama mengiringi Baginda, DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Turut berangkat, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan isteri, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda. Hadir sama, isteri Perdana Menteri Singapura, Datin Paduka Ho Ching; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

Sumber gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

   

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut