AKTIVITI PENGUATKUASAAN JPJ PULAU PINANG – OP KHAS MOTOSIKAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang bersama-sama Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan Penguatkuasaan Khas Op Khas Motosikal Hari Raya Aidiladha di Lorong motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang pada 13 Julai 2022 sempena Ops HRAA 2022.

Operasi motosikal yang diadakan ini, bertujuan untuk memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang di jalan raya serta mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin, berhemah dan bertimbang-rasa semasa memandu di jalan raya.

Sepanjang penguatkuasaan ini diadakan, sebanyak 551 motosikal telah diperiksa. Daripada jumlah itu, sebanyak 112 motosikal dikenakan tindakan dengan 168 notis saman telah dikeluarkan. Kesalahan yang dikesan tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, pamir nombor pendaftaran fancy dan extreme dan tiada cermin sisi.

Sumber Rujukan : Harian Metro dan JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …