OPERASI KHAS HARI RAYA AIDILADHA (HRAA) 2022

NEGERI SEMBILAN, 7 Julai 2022.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan hari ini mengadakan Operasi Khas Motosikal sempena Hari Raya Aidiladha 2022 di laluan motosikal Tol Senawang. Seramai 10 orang anggota penguatkuasa JPJ terlibat dalam operasi pada hari ini dan turut sama menyertai adalah PDRM (8 orang) serta JIM (9 orang).

Operasi khas ini merupakan usaha berterusan JPJ sebagai langkah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian khususnya melibatkan motosikal. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan Perception of Being Caught (POBC) di kalangan pengguna jalan raya dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan jalan raya.

Turut hadir dalam operasi ini ialah Tuan Mohd. Hasnor Bin Kutik, KBK JPJ Negeri Sembilan. Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut