OPERASI MEGA BERSEPADU PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 JKNK

 

Pada 5 Julai 2022 seramai 76 orang anggota penguatkuasa melibatkan semua daerah dari negeri Kelantan menjalankan operasi penguatkuasaan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di sekitar daerah Bachok di premis makanan, kedai runcit dan lain-lain premis yang dilarang merokok di bawah peraturan tersebut.
Sebanyak 267 buah premis diperiksa dan 105 notis 32B dikeluarkan kepada individu yang merokok di dalam premis kedai makan dan juga kepada penjual rokok yang melakukan kesalahan di bawah peraturan tersebut.
Semoga masyarakat bebas dari asap rokok semasa berada di premis makanan dan memberi keselesaan kepada mereka supaya dapat menjalani hidup sihat tanpa asap rokok. Diharapkan perokok mematuhi peraturan tersebut.

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …