LINDUNGI ORANG TERSAYANG DARI COVID-19 MENJELANG MUSIM PERAYAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Orang ramai khususnya penduduk tempatan dinasihatkan agar tidak tidak leka dengan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terbaru dilaporkan menerusi Laman Facebook milik KKM, berdasarkan situasi semasa terdapat peningkatan kes termasuk kategori 3, 4 dan 5 serta sub-varian Omicron B.5 telah pun dikesan di Malaysia, dan sempena perayaan Hari Raya Haji yang bakal menjelang, orang ramai dinasihatkan agar tidak lupa membuat membuat penilaian risiko kendiri dan membuat pilihan serta mengambil tindakan yang memastikan anda dan mereka di sekeliling selamat dari COVID-19.

Orang ramai boleh meningkatkan Penilaian Kendiri COVID-19 anda dengan TRIIS seperti langkah dibawah:

  • Test (Uji) – Lakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri.
  • Report (Lapor) – Laporkan keputusan ujian pengesanan kendiri (negatif, positif atau tidak sah) melalui aplikasi MySejahtera.
  • Isolate (Asing) – Lakukan pengasingan kuarantin kediri sekiranya positif COVID-19.
  • Inform (Maklum) – Segera maklumkan kepada kontak rapat dan ahli keluarga terdekat sekiranya positif. Maklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan atau CAC (Pusat Penilaian COVID-19) berhampiran.
  • Seek (Dapatkan Rawatan) – Dapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau CAC berhampiran
    sekiranya gejala bertambah teruk.

 

 

Sumber rujukan:

Laman Facebook KKM

Laman Web Rasmi KKM

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut