KPT PERKASAKAN PELBAGAI INISIATIF UNTUK MEMBANTU PELAJAR B40 DAN PENGUSAHA MAKANAN DI IPT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran Yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

Susulan pengumuman Perdana Menteri berhubung konsep ‘Menu Keluarga Malaysia’ di restoran koperasi, kafeteria dan premis jualan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada 4 Julai 2022, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil langkah efisyen dengan memperkenalkan harga siling di bawah inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia bagi membantu golongan sasar terutama mahasiswa dalam kalangan rentan untuk mendapatkan hidangan berkualiti pada harga berpatutan.

Menteri KPT, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menjelaskan bahawa harga siling yang disyorkan adalah RM3.50 setiap hidangan, melibatkan hidangan pagi, tengah hari dan malam. Selain itu, beberapa cadangan dan tindakan mengenai sara hidup dan kebajikan pelajar di IPT akan diperkasakan bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas.

Sementara itu, pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di IPT akan menikmati moratorium bayaran sewa selama enam (6) bulan bermula Julai ini sebagai galakan kepada mereka untuk menurunkan harga makanan di kampus walaupun berdepan isu kenaikan harga barangan.

Sumber Rujukan :

Kementerian Pengajian Tinggi, Bernama dan HM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …