MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN DALAM CUBAAN PENYELUDUPAN

 

RANTAU PANJANG 04 Julai : Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDNHEP Cawangan Pasir Mas telah menerima serahan kes daripada Angkatan Tentera Malaysia, Pos Tok O, berhubung penyeludupan barang kawalan di sempadan negara disini hari ini.
Rampasan telah dilakukan di Pengkalan Perahu Panjang, Rantau Panjang, Kelantan keatas bahan bakar minyak petrol sebanyak 120 liter dengan nilai rampasan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM 246.00 serta kes ini akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut