CUBAAN PENYELUDUPAN MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN

 

RANTAU PANJANG 04 Jul : Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 7, berhubung penyeludupan barang kawalan semalam.
4 serahan kes melibatkan kes penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan minyak petrol dan diesel yang berlaku lokasi bertempat di sekitar Rantau Panjang, Kelantan.
Tangkapan telah dibuat ke atas 3 orang lelaki warga tempatan bersama 4 buah kenderaan berpendaftaran Malaysia bersama anggaran sebanyak 1195 liter minyak petrol dan anggaran sebanyak 250 liter dijumpai bersama tong-tong jerikin, yang disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral penyelewengan barang kawalan bersubsidi tersebut dan akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan disempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa bagi memastikan serta mencegah ketirisan barang kawalan ini dapat dibanteras.
KPDNHEP Kelantan sentiasa memastikan supaya pengguna dapat menikmati subsidi harga yang ditawarkan dan peniaga disarankan sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan serta memastikan bekalan sentiasa mencukupi kepada pengguna.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …