CUBAAN PENYELUDUPAN KE NEGARA JIRAN BERJAYA DIPATAHKAN

 

TUMPAT 04 Julai : Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 7 berhubung penyeludupan barang kawalan di sempadan negara disini hari ini.
Rampasan telah dilakukan di Pengkalan Haram Kuala Jambu, Tumpat, Kelantan keatas bahan bakar minyak petrol sebanyak 80 liter dengan nilai rampasan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM 164.00
Serahan melibatkan sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia serta kes ini akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut