JENAYAH SCAMMER: CINTA BUDAK SEKOLAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

Dilaporkan menerusi akhbar atas talian Harian Metro pada 4 Julai 2022, taktik terbaru digunakan gadis berusia belasan tahun adalah dengan menggunakan umur muda dalam memperdaya mangsa. Β Dengan menyembunyikan usia sebenar, mereka akan menjalin hubungan cinta dengan lelaki kaya sebelum mengugut untuk membuat laporan polis kerana berasmara dengan remaja di bawah umur.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat berkata, pihaknya menerima lebih 10 kes dengan modus operandi sama sejak enam bulan lalu membabitkan ‘permintaan’ berjumlah lebih RM3 juta. Menurutnya, gadis terbabit akan meyakinkan pasangan bahawa mereka sudah berusia lebih 21 tahun dan benar-benar jatuh cinta dengan kekasih selain sudah bersedia untuk bergelar isteri.

Masalah penipuan wang atau scammer bukan sesuatu yang baharu, dan individu yang bergelar scammer ini bijak mempermainkan emosi untuk memanipulasi psikologi mangsa sehingga mereka ditipu ‘hidup-hidup’.

Jabatan Sisatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis DiRaja Malaysia sentiasa komited dalam memikul fungsi utama JSJK iaitu menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket. JSJK menerusi laman web Jabatan itu, sentiasa memberikan peringatan kepada orang awam akan jenis-jenis penipuan atau modus operandi yang seringkali digunakan scammer.

Hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 / 1599 atau layari laman web JSJK untuk pertanyaan lanjut.

 

Sumber rujukan:

Harian Metro

Laman Web JSJK,PDRM

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut