PROGRAM LOW CARBON TREASURE HUNT 2022 SEMPENA JUBLI EMAS BANDAR RAYA KUALA LUMPUR

Staff DBKL lepas lelah buru harta…

Telah berlangsung pada Ahad, 26 Jun 2022 program Low Carbon Treasure Hunt 2022 sempena Jubli Emas Bandar raya Kuala Lumpur di sekitar pusat bandar raya.

Disertai seramai 200 orang kakitangan DBKL dari pelbagai peringkat telah bermula dari jam 9:00 pagi dan berakhir pada jam 2:00 petang.

Peserta telah dilepaskan oleh YBhg.Datuk Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pengurusan Sosial dan Sosioekonomi DBKL.

Peserta perlu melalui pelbagai ‘task’ di 12 checkpoint di samping perlu menjawab puluhan soalan sepanjang program berlangsung.

Program ini turut menguji ketangkasan, kepimpinan, daya tahan, semangat kerjasama serta emosi para peserta dan ternyata kakitangan DBKL mampu mengharunginya. Semangat ukuwah dan bersaing secara sihat terserlah di kalangan peserta sepanjang ia berlangsung.

Sejumlah 50 pasukan menyertai program ini dan diakhiri dengan pasukan dari Jabatan Penguatkuasaan telah menjuarainya. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg.Datuk Sulaiman bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL.

 

Tahniah kepada yang telah menjayakan program ini khususnya Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL sebagai urusetia induknya.

#klbandarku

#klbandaruntuksemua

#kl50

Sumber : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …