KENYATAAN MEDIA STATUS TERKINI PELAKSANAAN CADANGAN PEMBINAAN JAMBATAN LABUAN SABAH SECARA KERJASAMA AWAM-SWASTA

KENYATAAN MEDIA STATUS TERKINI PELAKSANAAN CADANGAN PEMBINAAN JAMBATAN LABUAN SABAH SECARA KERJASAMA AWAM-SWASTA

PUTRAJAYA, 30 Jun 2022 – Cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Sabah akan menjadi game changer kepada Wilayah Persekutuan Labuan dalam memudahkan pergerakan penduduk, barangan serta mengurangkan masa perjalanan Labuan-Sabah. Seterusnya dapat mengurangkan kos pengangkutan serta melonjakkan aktiviti ekonomi antara dan dalam wilayah. la bertujuan menambahbaik ketersambungan antara Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah sebagai gate way dan juga katalis bagi meningkatkan critical mass bagi keseluruhan pembangunan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melaksanakan proses iklan Request for Proposal (RfP) bagi cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Sabah pada 26 April hingga 1 November 2021. Pihak kerajaan melalui KKR telah menerima cadangan daripada tiga (3) syarikat pembida yang berminat.

Proses penilaian teknikal dan komersial RfP pembida-pembida telah dilaksanakan, dan keputusan penilaian tersebut telah diperakukan oleh Jawatankuasa PEMANDU (Performance Management and Delivery Unit). Keputusan terperinci akan dibentangkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerja Raya kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Pihak kerajaan sentiasa mengambil serius dan berusaha untuk merealisasikan pelaksanaan pembinaan Jambatan Labuan-Sabah. Malah perancangan pembinaan Jambatan ini telah pun dinyatakan secara jelas dalam Labuan Development Blueprint 2030 dan Rancangan Tempatan 2030. Cadangan pembinaan JLS ini juga diambilkira dan diterapkan dalam penyediaan Rancangan Pembangunan Labuan 2040 yang sedang disediakan oleh Perbadanan Labuan.

Pihak kerajaan juga sentiasa peka dan sedar dengan kepentingan pembinaan JLS yang bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di samping pelbagai impak positif serta mengurangkan jurang sosio ekonomi dan rentas wilayah.

Sumber : Kementerian Wilayah Persekutuan (30 Jun 2022)

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut