KEM SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) SIRI 1

KUALA LUMPUR, Pada 24 hingga 26 Jun 2022 yang lepas telah diadakan Kem Sustainable Development Goal (SDG) Siri 1 bertempat di Tapak Perkhemahan SK La Salle (1) Brickfields.

Kem yang telah dihadiri oleh 50 orang pelajar sekolah rendah dan 20 orang pelajar sekolah menengah merupakan sebuah program anjuran Sekretariat SDG DBKL dan SDG Centre Kuala Lumpur dengan usahasama Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL), Urbanice Malaysia dan SK La Salle (1)

Kem selama 3 hari ini memfokuskan kepada pendedahan dan pemahaman awal kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah berkenaan SDG. Pelbagai aktiviti dan pengisian kem disusun dalam memastikan objektif utama kem ini tercapai.

Peserta kem juga didedahkan dengan masalah perbandaran dan membuat penyelesaian masalah perbandaran yang disenaraikan mengikut pemahaman SDG yang diperolehi melalui aktiviti dan taklimat pengenalan SDG yang telah diberikan.

Perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Anwar Bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL.

Kem SDG ini akan diteruskan secara bersiri bagi memberi pendedahan kepada pelajar di setiap peringkat persekolahan. Usaha ini adalah selaras dengan komitmen DBKL di dalam memperkukuhkan pelaksanaan SDG di kalangan penduduk tempatan terutamanya kanak-kanak.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

#sustainabledevelopmentgoals

#SDG

#SDGKL

 

Sumber : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …