AIR TERJUN LATA RENYOK @ LATA RENYUK

 

Air Terjun ini terletak betul-betul di Kampung Renyuk iaitu lebih kurang 14 km dari Bandar Jeli. Anda hanya perlu mengambil jalan menghala ke Kuala Balah atau jalan Jeli – Jelawang – Gua Musang. Ianya terhasil daripada aliran sungai Renyok yang bermula dari banjaran Titiwangsa sebelum menghilir masuk kedalam Sungai Pergau. Kelebihan kawasan air terjun ini ia dapat diakses rapat oleh kenderaan biasa kerana disitu juga terdapat sebuah mini hidro elektrik yang beroperasi sehingga sekarang. Sungai Renyok merupakan salah satu punca sungai membekalkan air untuk empangan hidro elektrik Pergau.
Kemudahan :
*Pembinaaan sebuah dewan serbaguna
*Surau
*Tandas
*Tapak perkemahan sentiasa dibersihkan
*Pagar disekitar kawasan dewan

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut