??????? ??????????? ?????? ??? ?????????? ????? ??????? ???? ???? ??????? ????

WP LABUAN – Jabatan Perikanan W.P Labuan Telah menganjurkan satu(1) Program Pembersihan pantai dan Konservasi Marin Sempena Hari Laut Sedunia 2022 yang bertempat di Taman Laut Pulau Rusukan Besar W.P Labuan.
Mewakili APM Labuan, seramai 6 orang Pegawai dan Anggota APM Labuan yang diketuai oleh Lt. (PA) Marinus Bin Mathius, Pegawai Bahagian Operasi APM Labuan telah menyertai dan menghadiri Program tersebut dengan menggerakkan satu(1) Unit Bot Sealeg APM W.P Labuan ke Pulau tersebut.
Selain aktiviti pembersihan pantai , program juga diisikan dengan taklimat konservasi marin dan aktiviti lawatan ke Mini Galeri Taman Laut dan Stesen Asuhan Penyu.
Program anjuran Jabatan Perikanan W.P Labuan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran pentingnya MENCINTAI,MENYAYANGI & MENGHARGAI pantai, laut serta hidupan di laut.
SUMBER: APM LABUAN

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …