RAKYAT JANGAN PANIK, KERAJAAN BERI JAMINAN BEKALAN AYAM MENCUKUPI

 

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan ayam mencukupi dan pihaknya telah pun merancang melalui Jawatankuasa Sekuriti Makanan khususnya bagi jangka masa pendek, sederhana dan juga panjang.
“Jangka masa pendek sebagaimana yang diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri kita tidak akan eksport ayam keluar dari negara kita, tentunya ada penternak ayam-ayam ini yang bekukan ayam dalam bilik sejuk dan semua ini tentunya bagi memastikan bekalan ayam ini mencukupi. Jadi, bila bekalan ini mencukupi, kerajaan akan membuka semula proses eksport ke negara-negara yang lain,”katanya.
Mengulas tentang jangka masa sederhana pula, katanya kerajaan kini dalam proses untuk meningkatkan jumlah ayam yang diproses melalui penternak ayam dengan memberi galakan dalam bentuk insentif khususnya bagi membesarkan ladang penternakan ayam, dan keadaan ini akan menjadikan harga ayam stabil sedikit masa nanti.
“Manakala bagi jangka masa panjang pula, kita akan ternak ayam secara besar-besaran melalui agensi-agensi di bawah MAFI sebagai contoh ;Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), FELCRA dan lain-lain, yang akhirnya, apabila bekalan ayam ini mencukupi, harga ayam akan menjadi stabil dan kesannya akan menguntungkan semua rakyat,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut