KPDNHEP KELANTAN JALANKAN OPS ANTI SOROK BAGI BARANGAN AYAM, TELUR AYAM & MINYAK MASAK

 

TANAH MERAH 26 Jun : YBrs.Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan bersama beberapa Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Ops ATM dan Ops Anti Sorok di peringkat rantaian pengedaran, pemborong dan peruncit di sekitar Kota Bharu dan Tanah Merah, Kelantan disini hari ini.
Hasil pemeriksaan dijalankan bagi barangan iaitu ayam, telur dan minyak masak mendapati kedudukan bekalan bagi barangan tersebut adalah stabil dan memenuhi keperluan pengguna serta tiada elemen sorok bekalan dan aktiviti mencurigakan dikesan semasa pemeriksaan dilakukan.
Para pengguna dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian barangan secara panik bagi mengelakkan ketidakstabilan rantaian bekalan di pasaran dan peniaga diingatkan supaya menjalankan perniagaan secara beretika serta mematuhi perundangan yang ditetapkan sepanjang masa.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …