YAB MENTERI BESAR KELANTAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT KUMPULAN MEDIA PRIMA BERHAD

 

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar menerima kunjungan hormat daripada YBhg Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad.
Media Prima Berhad (MPB) komited untuk menjalin kerjasama strategik dengan kerajaan negeri Kelantan. Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, berkata menerusi pertemuan hari ini, pihaknya mengadakan perbincangan mengenai bentuk kerjasama yang bersesuaian.
“Bidang pendidikan mungkin akan menjadi permulaan kepada kerjasama di antara Media Prima dan kerajaan negeri,” katanya.
Terdahulu, MPB melalui Tabung Bencana NSTP-Media Prima menyerahkan sumbangan sebanyak RM200,400.00 kepada mangsa banjir di Kelantan. Sumbangan tersebut disampaikan kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut