PROGRAM INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN (RETAIL DIGITALISATION INITIATIVE – REDI

 

PASIR MAS 22 Jun : Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) bertempat di Pasar Besar, Tasik Raja Pasir Mas, Kelantan selama tiga hari disini hari ini.
Objektif disasarkan kepada peniaga-peniaga di sekitar Pasir Mas terutama di sekitar Pasar Besar Tasek Raja, Pasir Mas Kelantan bagi promosi pendaftaran e-wallet.
Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) ini bukan hanya membantu pengurusan perniagaan pengusaha kecil malah turut memudahkan pengguna dengan mempelbagaikan kaedah penerimaan pembayaran.
Untuk rekod sepanjang tiga hari berlangsung pembukaan booth pendaftaran e-wallet dibuka dari 20 hingga 22 Jun 2022 dari jam 9 pagi hingga 3 petang dengan penglibatan Ewallet seperti TnG, Boost, Maybank MAE dan Kelantan Pay bersama agensi lain AKPK serta SSM, sebanyak 177 pendaftaran telah berjaya dengan jayanya didaftar oleh peniaga.
YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Timbalan Pengarah, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah menyempurnakan perasmian penutup Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) disini hari ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …