DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)
Pada 21 Jun 2022, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Pulau Pinang telah mengadakan Ops Gerak di sempadan negeri Pulau Pinang dan Kedah bersama-sama Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seberang Perai Utara bertempat di Jalan Kampung Selamat, Padang Serai. Operasi ini melibatkan 6 pegawai penguatkuasa JAS dan 8 anggota PDRM.
Pemerhatian visual asap memberi fokus kepada kenderaan-kenderaan berenjin diesel. Saringan telah dijalankan ke atas 25 buah kenderaan berenjin diesel dan 10 daripada jumlah kenderaan tersebut telah diuji. 4 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, AKAS 1974. 3 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 turut dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terlibat.
Para pemilik kenderaan berenjin diesel diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, AKAS 1974.
Sumber:
Facebook Jabatan Alam Sekitar