PEMAKLUMAN SUSULAN KEBENARAN KENDERAAN PERSENDIRIAN ASING (THAILAND) MEMASUKI SEMPADAN NEGARA MELALUI PINTU SEMPADAN NEGERI KELANTAN

 

KOTA BHARU, 21 JUN 2022 – Malaysia telah memasuki fasa endamik pada 1 April 2022 lalu. Bermula 1 Jun 2022 serentak dengan keputusan pihak berkuasa negara Thailand, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membenarkan kenderaan persendirian asing (Thailand) memasuki negara ini.
Kebenaran ini adalah selaras dgn arahan pembukaan sempadan Malaysia oleh Jabatan Imegresen Malaysia (JIM) pada 5 Mei 2022 lalu. Kebenaran kenderaan persendirian asing memasuki negara ini adalah melalui tiga (3) pintu masuk utama Kelantan, iaitu Stesen Kawalan Sempadan JPJ Rantau Panjang, Stesen Kawalan Sempadan JPJ Pengkalan Kubor dan Stesen Kawalan Sempadan JPJ Bukit Bunga.
Merujuk kepada statistik pada 1 hingga 20 haribulan Jun 2022, Permit Edaran Antarabangsa (ICP) di ketiga-tiga pintu masuk sempadan negara merekodkan sebanyak 330 permohonan telah dikeluarkan kepada kenderaan persendirian asing (Thailand).
Walau bagaimanapun, ICP tidak dikeluarkan kepada kenderaan asing yang bergerak dalam lingkungan 2 kilometer dari sempadan di ketiga-tiga pintu masuk negara, dan dari kelompok ini sebanyak 285 kenderaan yang direkodkan. Manakala jenis kenderaan tertinggi yang dicatatkan adalah jenis motorsikal, pick-up dan motokar.
Kenderaan Malaysia dibenarkan ke negara Thailand melalui tiga pintu sempadan negara. Merujuk kepada statistik, kenderaan Malaysia ke negara Thailand (Outbound) berjumlah 1,774 buah kenderaan. Manakala kenderaan yang memasuki sempadan negara (Inbound) berjumlah 2,236 buah kenderaan. Daripada ketiga-tiga pintu masuk sempadan ini didapati bahawa pintu masuk sempadan Rantau Panjang telah mencatatkan bilangan kenderaan keluar dan masuk tertinggi iaitu sebanyak 2,350 kenderaan.
Turut direkodkan sejumlah 1,953 buah kenderaan Malaysia yang berada di negara Thailand sejak tempoh Negara mula mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah kembali memasuki Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …