KEMPEN ANTIDADAH MERIAHKAN KLCFM DI DATARAN DBKL

KUALA LUMPUR, 19 JUN 2022 – Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKL) memeriahkan Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKL) memeriahkan Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Aktiviti itu antara usaha kempen antidadah AADK bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup serta sihat tanpa dadah selain menyahut seruan kerajaan dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Aktiviti yang berlangsung seawal jam 7 pagi itu disertai kira-kira 2,000 warga kota termasuk warga AADK dan Skuad Antidadah AADK. Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pameran perkhidmatan AADK, berbasikal, larian santai, kereta berkuda dan cabutan bertuah.

Pelepasan aktiviti riadah berkenaan disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pagi Tanpa Kenderaan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Naim Mohamad.

Turut menyertai program ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainuddin Abdullah; Pengarah Unit Integriti AADK, Zulfikri Abd Manaf dan Pengarah AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Md Razif Wan.

 

SUMBER: FB AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN MALAYSIA https://www.facebook.com/aadkmalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …