14 INSTITUSI MAIWP BERGABUNG MERAIKAN HARI GURU DAN SUKANEKA

MAIWP melalui Bahagian Pembangunan Insan (BPI) telah menganjurkan Program Perhimpunan dan Sukan sempena Sambutan Hari Guru Institusi Pendidikan MAIWP Tahun 2022 yang diadakan di Kompleks Darul Kifayah pada 18 Jun 2022.

Lebih 500 pelajar dan guru daripada 14 Institusi Pendidikan MAIWP telah hadir memeriahkan program ini antaranya SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan -SMA MAIWP, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA), Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP (PMA), Permata MAIWP, PICOMS International University College (PICOMS) dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.

Pengisian program kali ini terdapat sedikit kelainan apabila buat pertama kalinya dimulakan dengan sesi penyampaian amanat oleh Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP merangkap Ahli MAIWP. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal dalam ucapan ringkasnya berkata guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan asnaf di Kuala Lumpur ini keluar dari kepompong kemiskinan.

Tambah beliau, MAIWP mengeluarkan peruntukkan yang tinggi iaitu RM176 juta setahun untuk laluan pendidikan. Guru juga perlu mempelbagaikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas agar pelajar lebih tertarik untuk mengikuti pelajaran tersebut dan memahami apa yang diajar.

Pastinya pada hari ini pelbagai acara turut dianjurkan antaranya Bola Tampar, Badminton, Ping pong, Futsal, Bola Jaring dan Sepakan Penalti. Dengan penganjuran program riadah dan motivasi ini pastinya ia dapat mengukuhkan ukhuwah di kalangan pelajar dan guru-guru daripada 14 Institusi Pendidikan di bawah MAIWP.

Hadir sama Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbobdan Prof Dr. Roslan Mohd Noor yang mana kedua-duanya merupakan Ahli MAIWP dan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

 

SUMBER: MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut