PROGRAM SUMBANGAN KOTAK PRIHATIN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) NEGERI JOHOR KEPADA PESAKIT DIALISIS

BATU PAHAT, 20 Jun 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan untuk memberikan sumbangan Kotak Prihatin MKNJ kepada pesakit dialisis yang sedang menjalani rawatan di Pusat Hemodialisis Majlis Agama Islam Negeri Johor, Bangunan Wakaf, Jalan Tanah Merah, Batu Pahat pada 19 Jun 2022 yang lalu.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Keselamatan Negeri, MKNJ, Tuan Mohd Tarmizi bin Dan dan turut diiringi oleh Tuan Mohd Nazri bin Md. Nor, Pegawai RELA daerah Batu Pahat. Diharapkan sumbangan berkenaan dapat memberikan keceriaan kepada pesakit dialisis yang terlibat.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …