PROGRAM “KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA” DENGAN PELAJAR UiTM KAMPUS PASIR GUDANG, JOHOR

JOHOR BAHRU, 20 Jun 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama UiTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan Program ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’ dengan Pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang, Johor. Program yang diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran berkaitan keselamatan bagi melahirkan barisan pemimpin dan pelajar UiTM yang peka dan cakna dengan isu keselamatan negara sekaligus menjadi agen keselamatan negara. Melalui program ini juga, peserta telah didedahkan mengenai isu-isu keselamatan semasa di seluruh dunia dan juga di dalam negara seperti ancaman kumpulan militan, jenayah rentas sempadan, jenayah siber dan juga isu berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Selain itu, para peserta juga turut didedahkan dengan teknologi terkini dunia “Metaverse-Dunia Disebalik Mata” mengenai kelebihan dan ancamannya kepada keselamatan negara.

Program yang dianjurkan tersebut telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Haryana binti Mohd Hairi, Penolong Rektor, UiTM Kampus Pasir Gudang.  MKNJ berharap penganjuran program ini dapat membentuk para pelajar yang berkepimpinan dan memiliki jiwa patriotisme dan mempunyai semangat cintakan negara selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan semoga program seumpama ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

????? ??????????? ?????? 2021-2025
????? ????? ??????????? ?????? 8: ??????????? ??????

Sumber gambar: Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor

#DKNmy
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#KeluargaMalaysia
@HEP UITM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

                  

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut