PROGRAM KARNIVAL KERJAYA, KEUSAHAWANAN DAN PENGAJIAN TINGGI


KUALA LUMPUR, Balai Polis Jinjang – 19/6/2022 @ Ahad, Program Karnival Kerjaya, Keusahawanan dan Pengajian Tinggi telah diadakan di Dewan komuniti PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur. Kehadiran PDRM diketuai oleh Sub. Insp Norazmi Amin bin Abd Rahman (T/KPB Jinjang), bersama Sjn Zahid bin Shariff (Penyelia Balai Sri Murni), Kpl Mohammad Faiz bin Awang dan Kpl Mohd Fahmi bin Mansor.

Turut hadir Puan Wan Maizatun bt Hassan -Timbalan Pengurus Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, En. Wong Kin Lun – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa, Dato Zariah bt Ali – Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri, En Abdul Rahim bin Rahman – Pengurus Yayasan sukarelawan Siswa, En Mohammad Asyraf bin Sabri -Pegawai Sukarela YSS, Pn Siti Nur Zakiah bt Abdullah – Pegawai Sukarela YSS, staf bertugas siswa dan warga komuniti PPR Intan Baiduri.Program ini dianjurkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), bersama Kawasan Rukun Tetangga PPR Intan Baiduri. Objektif program adalah karnival kerjaya, keusahawanan, dan pengajian tinggi bersama komuniti setempat. Program selesai jam 1700 hrs dengan jayanya.

Sumber : FB POLIS BALAI JINJANG

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut