KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA YANG DIPERTUA MUDA TERENGGANU SEBAGAI SATU TARIKAN PERLANCONGAN

—————————————————————————————————

SETIU, 18 Jun 2022

————————————————————————————————–

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu yang sememangnya akan disertai oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin yang mengambil bahagian dalam kategori antarabangsa iaitu CEN 1*100 dan Baginda berkenan memakai jersi nombor 9 . Acara ini turut mendapat sambutan di luar jangka apabila menerima penyertaan seramai 151 orang termasuk artis terkenal tanah air, Faizal Tahir. Kejohanan ini dilihat dapat menarik lebih ramai pengunjung dari luar untuk datang ke Terengganu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain menjadi salah seorang penunggang senior yang berjaya menamatkan acara Championship Endurance National (CEN) 40 kilometer. Turut menamatkan acara tersebut ialah Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Dato’ Mohd Rashid Hasnol yang mengenakan ‘vest’ bernombor 62. Dan turut mencuri perhatian terdapat dua orang peserta antarabangsa iaitu daripada Thailand dan Singapore yang mengambil bahagian dalam kategori CEN 1*100. Melalui kejohanan yang dianjurkan ini, semua peserta bagi CEN 100KM dan CEN 1*100KM dikehendaki melalui 4 landasan iaitu sejauh 25 KM, 30 KM, 25 KM, 20 KM.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyempurnakan majlis pelepasan pada jam 5 petang semalam bertempat di TIEP Lembah Bidong, Setiu. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga turut hadir menyempurnakan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Acara Sampingan sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu 2022 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong di sini semalam.

Penunggang cilik, Kasih Dania Sofia Norhisyam berjaya merangkul kejuaraan dalam acara CEN 30 km kategori PONY bersama kudanya HKRC Yakub dengan catatan masa dua jam empat minit (2:04:51) manakala Supt. Suffian Hamzah mewakili pasukan STET pula menjuarai acara CEN 15 km kategori VIP dengan masa (1:09:41).

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …