LAWATAN KERJA SWCORP WP KE KUALA LUMPUR COMMAND AND CONTROL CENTRE

PUTRAJAYA, 16 JUN 2022 – SWCorp Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kerja ke Kuala Lumpur Command And Control Centre (KLCCC) bagi melihat teknologi yang digunapakai oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terutamanya dari segi penggunaan kamera litar tertutup.

Lawatan kerja yang diketui oleh Puan Ummi Kalthum Binti Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan turut meninjau kaedah pemantauan berteknologi tinggi ini. Selain pemantauan trafik, banjir, pakir, aset DBKL, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga melaksanakan pemantauan jenayah terutamanya di kawasan-kawasan awam. Beberapa simulasi dibuat bagi melihat keberkesanan pemantauan oleh pihak DBKL dan PDRM.

Pihak SWCorp Wilayah Persekutuan akan bersama-sama memantau Kuala Lumpur melalui KLCCC kelak. Diharap isu-isu seperti pembuangan sampah longgok, sampah kecil dan sampah haram serta lain-lain operasi pengesanan penjenayah alam sekitar akan dapat diselesaikan oleh SWCorp Wilayah Persekutuan dan DBKL kelak.

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN  https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bersempena dengan …
Maklumat Lanjut

IKAN MATI, JAS AMBIL SAMPEL AIR BERHAMPIRAN KUALITI ALAM

Sampel air di sebuah anak sungai berhampiran Kualiti Alam yang terbakar Jumaat lalu diambil susulan terdapat aduan berkenaan ikan mati …
Maklumat Lanjut

𝐈𝐍𝐈 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏!!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pernah dapat …
Maklumat Lanjut