PENYERAHAN PLAQUE ‘DESTINASI MAKAN-MAKAN PUTRAJAYA’

PUTRAJAYA, 14 JUN 2022 – YBhg. Dato Presiden Perbadanan Putrajaya, Dato TPr. Fadlun bin Mak Ujud telah menyerahkan “plaque” Destinasi Makan-Makan Putrajaya kepada Restoran Putrajaya Seafood Taman Botani Putrajaya, yang diterima melalui pihak pengurusan operasi En Mahmad Anuar Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Pulse Group yang menguruskan operasi restoran ini.

Perbadanan Putrajaya mensasarkan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, juga sedang memantapkan strategi pelancongan domestik dan di antara kluster pelancongan disasarkan ialah Putrajaya sebagai destinasi makan-makan.

Acara ini diadakan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perbadanan Putrajaya pagi ini. Dato Presiden Perbadanan Putrajaya juga menerima ucapan tahniah dan cenderamata kenangan daripada wakil-wakil Puspanita Cawangan Kecil Perbadanan Putrajaya, Kumpulan Pegawai Muda Perbadanan Putrajaya, Koperasi Perbadanan Putrajaya dan wakil-wakil anak-anak syarikat Perbadanan Putrajaya.

 

SUMBER: FB PERBADANAN PUTRAJAYA https://www.facebook.com/putrajaya

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut