LAWATAN DATUK BANDAR MENINJAU OPERASI RUMAH PAM MBSP BAGI PERSEDIAAN MENGHADAPI FENOMENA LA NINA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai bersama Ketua Jabatan dan pegawai kanan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) meninjau keadaan semasa operasi rumah pam MBSP iaitu di Rumah Pam Perai A & B bagi melihat kelengkapan jentera di rumah pam berkenaan agar sentiasa bersedia dan berfungsi dengan baik untuk persediaan awal para petugas bagi menghadapi fenomena La Nina yang diramal berlarutan sehingga hujung tahun ini.

Lawatan tapak bagi Siri Ke-7 ini merupakan salah satu kaedah “Management by Walking Around” (MBWA) bertujuan memantau keadaan sebenar di tempat-tempat seliaan MBSP bagi merancang penambahbaikan yang boleh dibuat pada masa hadapan untuk kemudahan kepada penduduk Seberang Perai.

Pemantauan juga turut dibuat di Pusat Servis Kenderaan Berat (PUSKEB) MBSP, Depo Pembersihan Bagan Lalang dan kawasan kawalan MBSP di Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Perai.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …