SIDANG MEDIA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KONTINJEN KELANTAN BERKAIT TANGKAPAN DAN RAMPASAN “OP KONTRABAN – RAMPASAN ROKOK TIDAK BERCUKAI”

 

IPK KELANTAN, 14 Jun 2022 – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Kelantan, YDH SAC Datuk Mohd Nor Yhazid bin Idris telah menyempurnakan sidang media berkait ‘’op kontraban – Rampasan Rokok Tidak Bercukai” di Dewan Dato Dr Abd Rahman Ipk Kelantan.
Jabatan Siasatan Jenayah melalui cawangan D9 IPK Kelantan telah membuat serbuan serta melaksanakan tangkapan bersama rampasan keatas satu (1) lelaki dengan rampasan rokok tidak bercukai berjumlah anggaran nilaian rampasan sebanyak RM 277 ribu ringgit. Kes disiasat di bawah Sek. 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai rampasan atau RM 100,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kelantan juga memaklumkan, orang awam dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam segala kegiatan penyeludupan dan sekiranya ada sebarang maklumat berkaitan penyeludupan boleh hubungi balai polis yang berhampiran.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut