JAS NEGERI PULAU PINANG SIASAT ADUAN PEMBERSIHAN TAPAK DI BERTAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAM[PAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menerima aduan berkaitan kegiatan pembersihan tapak di Bertam.

Aduan orang awam mula diterima pada 11 dan 12 Jun 2022 berkaitan aktiviti beberapa jentera berat yang melakukan kerja-kerja pemotongan pokok sawit dikawasan tersebut.

Pemeriksaan ditapak telah dijalankan pada 11, 12 dan 13 Jun 2022. Hasil siasatan lanjut mendapati bahawa pembersihan tapak telah dilakukan tanpa kelulusan EIA.

Tapak projek juga tidak mendapat kelulusan kerja tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Arahan di tapak serta Notis Arahan telah dikeluarkan kepada pemaju untuk menghentikan serta merta kerja-kerja pembersihan tapak sehingga semua kelulusan yang berkaitan diperolehi.

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut