PROJEK HIDROELEKTRIK NENGGIRI: KELESTARIAN ALAM SEKITAR DIJAGA RAPI- MENTERI KETSA

 

GUA MUSANG – Menyedari Projek Hidroelektrik Nenggiri adalah amanah yang harus dipikul demi kepentingan rakyat dan negara, pertimbangan penuh dalam segala aspek dan secara menyeluruh pelaksanaan projek telah diperhalusi secara terperinci sejak diluluskan pelaksanaannya secara dasar oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012 dan kemudiannya diluluskan Kerajaan Negeri Kelantan pada 25 Mac 2014.
Kerja-kerja awalan pembangunan projek ini dimulakan dengan mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan, antaranya Kajian Potensi Mineral; Kajian Penerimaan Awam dan Sosial; Kajian Impak Alam Sekitar (EIA); Kajian Impak Sosial (SIA) dan Kajian Impak Warisan (HIA).
Projek itu mampu membantu negara menuju sasaran 31 peratus kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara pada 2025 dan 40 peratus menjelang tahun 2035.
Hal itu juga selari dengan Hala Tuju Kelestarian 2050 TNB (Sustainability Pathway 2050) dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …