KERAJAAN NEGERI SEDIAKAN LEBIH BANYAK PELUANG KERJA KEPADA BELIA

 

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan terus berusaha menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi dan syarikat bagi membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan.
Usaha tersebut sekali gus dapat memulihkan semula sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Mengulas isu ini, Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan (U-Bes) Nasruddin Mahmud berkata dalam melaksanakan pelbagai kursus kemahiran termasuklah mewujudkan rangkaian Stesen Mek Awey dan program penempatan pekerjaan industri yang lain sebagai inisiatif bagi mewujudkan peluang pekerjaan.
“Antara kerjasama terbaharu terjalin adalah di antara Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan penyedia latihan Sei Ryu Sha Sdn Bhd bagi tujuan Penempatan Pekerjaan Industri Automatif.
Terdahulu, taklimat program Penempatan Pekerjaan Industri Automatif (PPI-A) disampaikan oleh Pengurus Pusat Bertauliah Sei Ryu Sha Wan Yusoff Wan Ismail dan berjaya dengan kehadiran golongan belia yang mencari kerja seramai 57 orang. Melalui program ini, setiap peserta akan diberikan jaminan status pekerja tetap apabila tamat program nanti.
92 belia dan beliawanis sedang mengikuti kursus pelbagai peringkat dengan kemudahan elaun bulanan selain penginapan dan pengangkutan percuma,” tambahnya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …