MBPP PERTINGKAT SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI MELALUI PEMASANGAN PANEL SOLAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAM[PAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Sebagai langkah memastikan kelestarian Bandaraya menuju ke arah bandar rendah karbon, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menyiapkan pemasangan Panel Solar lengkap dengan aksesori-aksesori di bangunan-bangunan milik Majlis seperti di Bangunan Jabatan Penguatkuasaan & Pusat Kawalan CCTV, Bangunan Pusat Kawalan Vektor & Veterinar, Kompleks Sukan Bandaraya Relau, dan Kompleks & Pasar Bayan Baru.

Seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat, pemasangan solar panel adalah merupakan antara kaedah alternatif yang terbaik bagi menjana sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Pulau Pinang pada 13 Jun 2022 telah meninjau dan memeriksa pemasangan panel solar di Bangunan Jabatan Penguatkuasaan & Pusat Kawalan CCTV. Beliau melalui sidang media, menekankan tentang keperluan usaha mengurangkan jejak karbon perlu dipertingkatkan melalui penggunaan sistem panel solar sebagai “Low Carbon Liveable and Smart City” demi kesejahteraan masa kini dan generasi akan datang.

 

Sumber:

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut