JALINAN STRATEGIK BERSAMA PEJABAT DAERAH KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR – Sebagai langkah memperkukuhkan hubungan dengan agensi rakan strategik, sesi kunjungan hormat dan perkenalan diadakan oleh Puan Faizatul Aini Mohd Adnan, Pengarah Keselamatan Negeri Selangor kepada Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor yang baru. Dalam perjumpaan ini, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk isu-isu pengurusan keselamatan termasuk kejadian banjir yang turut melanda daerah Kuala Selangor. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa program berorietasikan keselamatan untuk tahun 2022.

MKN Selangor mengucapkan tahniah kepada Tuan Mohd Raiz bin Radzuan atas perlantikan sebagai Pegawai Daerah Kuala Selangor dan semoga Daerah Kuala Selangor bertambah maju dan cemerlang dibawah kepimpinan tuan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …